KENAPA LELAKI HANYA BERDIAM DIRI SAAT WANITA BERBICARA?


Pasang-Surut Dalam Perhubungan Adalah Lumrah Hidup

Sheffield-England: Ketika wanita sudah berleter panjang lebar dan lelaki hanya menjawab ‘Hmmm…’,emosi wanita biasanya langsung naik dan stress kerana merasakan diri mereka tidak diberi perhatian atau dihargai. Gejala ini kemudiannya diberikan dengan satu istilah iaitu Guy Attention Deficit Syndrome (GADS) yang membuatkan kaum Adam hanya berdiam diri  di saat wanita berbicara.

Komunikasi adalah masalah penting dalam sesuatu perhubungan. Ramai wanita yang mengeluh pasangan mereka  mengalami gejala Guy Attention Deficit Syndrome (GADS) kerana tidak memberi perhatian atau sebarang tanggapan pada saat berkomunikasi dengan mereka.

Jika Anda(wanita) sedang berbicara dengan lelaki dan hanya mendapatkan tanggapan ‘Hmmm…’ tanpa ada kalimat yang terucap daripada mulutnya, jangan salahkan lelaki itu. Lelaki bukannya tidak mendengar apa yang diucapkan wanita, tapi memang begitulah cara lelaki mendengar apa yang diucapkan oleh kaum Hawa.

Menurut penyelidik dari University of Sheffield, England, otak lelaki tidak akan langsung terhubung pada saat wanita berbicara. Lelaki dan wanita mempunyai struktur otak yang berbeza dalam mendengarkan sesuatu perkara.

Lelaki menggunakan bahagian otak primitifnya di saat memproses suara wanita, iaitu bahagian otak yang berfungsi untuk memilih. Jadi bukan lelaki tidak peduli dengan apa yang diucapkan wanita, tapi memang struktur otaknya yang membuat lelaki lebih lama dalam mencerna kata-kata yang diucapkan oleh seseorang wanita.

Penyelidik pernah melakukan uji kaji dengan memutarkan rakaman suara wanita dan suara lelaki pada sebuah perkumpulan lelaki. Selama mendengarkan suara rakaman tersebut, otak para peserta di-scan menggunakan alat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Dan hasilnya ternyata lelaki menggunakan bahagian otak yang berbeza di saat mendengar suara lelaki dan wanita.

“Lelaki memproses suara wanita di bahagian otak yang sama di saat mendengarkan muzik. Hal ini terjadi disebabkan suara wanita lebih kompleks dan punya kekuatan melodi yang lebih besar. Jadi jika lelaki mendengar wanita berbicara, dia perlu menganalisisnya lebih lama untuk mengetahui maksud ucapannya,” ujar seorang penyelidik seperti dipetik dari majalah Thirdage, Jumaat (11/12/2009).

Dengan kata lain, ketika seorang wanita berbicara dan lelaki tidak menanggapinya, bukan bererti si lelaki tidak mendengarkan ucapan wanita, tapi dia hanya perlu sedikit masa untuk menterjemahkan bahasa ‘melodi’ yang dia tangkap di bahagian otaknya yang berbeza.

“Itulah sebabnya mengapa 5 minit setelah wanita selesai berbicara, lelaki baru mengerti apa yang dibicarakan oleh si wanita,” tambahnya.

Jadi jika para wanita mengeluh susah berkomunikasi dengan lelaki, mungkin panduan ini bisa membantu memperjelaskan mengapa hal itu bisa terjadi sedemikian.

Jangan lupa menenangkan hati wanita yang sedang marah atau stres dengan mengatakan, “Sayang, suara kamu bagaikan muzik di telingaku. Bukannya saya tidak mendengarkan ucapanmu, tapi simfoni itu membuatkan saya tidak bisa mendengar kata-katamu,”.

“Lelaki memproses suara wanita di bahagian otak yang sama di saat mendengarkan muzik. Hal ini terjadi disebabkan suara wanita lebih kompleks dan punya kekuatan melodi yang lebih besar. Jadi jika lelaki mendengar wanita berbicara, dia perlu menganalisisnya lebih lama untuk mengetahui maksud ucapannya,” - Penyelidik

kredit kepada: http://us.health.detik.com

Related posts:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam